18,000 remaja hamil setahun: Pendidikan agama benteng terakhir, kata Ketua Wanita Isma




Aspek pencegahan khususnya penghayatan agama perlu diberi perhatian penting untuk mengurangkan bilangan remaja di Malaysia hamil setiap tahun.

Ketua Wanita Isma, Dr Nor Saleha Mohd Salleh berkata semua pihak perlu peka dan memandang serius langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan bilangan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di Malaysia.

“Semua pihak termasuk NGO, sekolah dan kerajaan berperanan untuk cegah perkara ini supaya remaja terpelihara.

“Pendidikan agama adalah benteng terakhir dalam menangani masalah ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menambah tempoh masa belajar bagi subjek Pendidikan Islam di sekolah supaya lebih banyak lagi pendedahan kepada golongan ini.

“Tambahkan lagi tempoh masa belajar agama di sekolah terutama pendidikan Al-Quran,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun banyak rumah perlindungan dan pemulihan tersedia untuk mereka bantu remaja yang sudah terlanjur namun ia tidak mencukupi kerana kaedah rawatan bukanlah beri penyelesaian menyeluruh.

“Dengan wujudnya rumah pemulihan ini secara tidak langsung dapat bantu remaja untuk perbaiki diri sendiri kerana ada tempat yang beri mereka peluang dan ruang untuk berubah.

“Namun aspek pencegahan lebih perlu difokuskan supaya ia tidak terus berlaku,” katanya mengulas kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan berhubung purata 18,000 remaja hamil setiap tahun.

Dr Nor Saleha turut menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil kira tayangan filem dan drama di negara ini yang boleh menjadi pengaruh kuat kepada remaja.

“Filem, laman web, Youtube dan sebagainya perlu ditapis bagi mengelakkan ia mudah diakses oleh remaja.

“Ibu bapa juga perlu pantau dan gunakan sistem ‘block’ pada wifi untuk laman web tertentu yang mendorong kepada perkara negatif,” katanya.


Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan data mengejutkan bahawa purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan.


Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.

“Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

ONE THOUGHT ON “18,000 REMAJA HAMIL SETAHUN: PENDIDIKAN AGAMA BENTENG TERAKHIR, KATA KETUA WANITA ISMA”


Saya setuju dengan kata Dr Nor Saleha Mohd Salleh itu… masalah nie semakin serius. Pendidikan Islam perlu diperkasakan lagi di sekolah. Bukan hanya sekadar syarat untuk peperiksaan sahaja.

Namun begitu saya tidak setuju kenyataan beliau yang menggunakan ungkapan ‘benteng terakhir’.. sepatutnya ia adalah benteng utama di hadapan.. jika ‘benteng utama’ nie boleh lepas, mana mungkin benteng lain boleh tahan… Mungkin anda berkata, itu hnya istilah ataupun contoh.. tapi kesilapan perkataan memberi makna yang berbeza, menunjukkan keutamaan dan langkah utama yang perlu di ambil… mana mungkin kita meletakkan Islam di belakang undang2 atau pemikiran manusia???!

Pandangan saya, adalah lebih elok kita menggunakan perkataan ‘benteng utama’ berbanding ‘benteng terakhir’ yang bunyinya seperti islam ini hanya di guna bila usaha lain tidak berjaya… ‘Sakitnya nuh di sini’ membacanya apatah lagi jika mendengarnya….


Sumber : islampos.com

Artikel passioniformation Lainnya :

0 komentar:

Posting Komentar

Scroll to top